Senarai Halaman

Selasa, 29 September 2015

Cara memasak ikan sembilang masak lemak cili padi

29/09/15
11.01 pg      
                                           Ikan Sembilang Masak Lemak Cili Padi

   Bila anda menyebut sahaja ikan sembilang masak lemak cili padi pasti akan ada yang terliur apabila mendengarnya atau melihatnya.Masakan ikan sembilang salai  ini memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan masakan yang sedap.I

Ikan sembilang salai masak lemak cili api ini memerlukkan anda melalui 2 proses :
  1. penyalaian ikan.
  2. memasak.
   
    Anda mulakan dengan proses untuk penyalaian.Sebelum memulakan penyalaian ikan,anda perlu membuang lendir ikan sembilang terlebih dulu dengan mencampur ikan dan garam.Bagi menghilangkan rasa hanyir ikan, anda perlu membuang darah beku ikan yang terdapat ditepi kepala ikan dekat dengan sirip kecil.Darah beku ikan sembilang tersebut yang membuatkan rasa ikan itu hanyir apabila anda makan.Anda perlu melilisnya bagi mengeluarkan darah beku tersebut.Basuh ìkan sembilang hingga hilang lendir.Barulah anda mencampur ikan sembilang itu dengan garam dan serbuk kunyit sebelum menyalai.
       Ikan Sembilang
 
   Anda perlukan beberapa bahan untuk memyalai ikan seperti batang pisang dan tempurung kelapa.Anda menggunakan batang pisang untuk mengelakkan ikan sembilang dari melekat di besi penyalai.Potong batang pisang itu kecil-kecil memanjang mengikut saiz besi penyalai.
  Tempurung Kelapa
Tempurung kelapa pula anda bakar hanya perlu baranya saja semasa menyalai.Kenapa anda menggunakan bara tempurung kelapa dari bara arang kayu ?
Arang Kayu
         Ini adalah kerana menggunakan bara dari tempurung kelapa dapat menjadikan rasa ikan sembilang lebih enak dan aromanya sungguh lazat.Anda gunakan saiz ikan sembilang sederhana besar iaitu yang boleh dipotong 2 bahagian. Jika anda menggunakan ikan sembilang yang bersaiz kecil apabila disalai,ikan sembilang akan mengecut menjadi bertambah kecil dan sedikit isinya apabila dimakan.
Ikan Sembilang Salai
      Cara memasaknya anda memerlukan santan kelapa,cili api yang telah dimesin halus atau ditumbuk halus,serbuk kunyit,cili hijau dibelah tengah( 7 biji ),air perahan limau kasturi (guna sedikit saja),bahan perasa dan garam.
Limau Kasturi
      Anda sediakan periuk yang besar kalau ikan sembilang itu banyak.Masukkan santan kelapa jika mahu kuah pekat perlu gunakan santan kelapa yang banyak.Masukkan pula cili padi.Kepedasan mengikut selera anda.Serbuk kunyit dalam satu sudu kecil ikut kekuningan kuah.
     Biarkan santan tersebut mendidih jangan biarkan santan menjadi terbit minyak atau santan berketul-ketul,kacau perlahan-lahan.Barulah anda masukkan ikan sembilang salai tadi kedalam  periuk.Juga dikacau perlahan-lahan jangan dikacau kuat nanti ikan sembilang salai tadi akan hancur atau isinya tertanggal dari tulang.Untuk mengacau ikan sembilang hanya mengambil kuahnya sahaja dan curahkan santan tersebut pada ikan.
       Rasa kuahnya dahulu kalau kurang masin anda tambahkan garam dan bahan perasa kerana sebelum ini anda hanya menggunakan garam semasa menyalai ikan sembilang itu tadi.Akhir sekali masukkan cili hijau belah tengah dan air perahan limau kasturi.Setelah anda rasa semuanya sudah lengkap, barulah boleh dihidangkan.
Mangga Pauh
Belimbing Buluh
         Jika ada musim buah asam seperti buah mangga pauh muda,buah bacang muda dan buah belimbing buluh,anda gunakan sebagai pengganti pada air perahan limau kasturi.
Ikan Sembilang Salai  Masak Lemak Cili Padi 

             Inilah hasilnya setelah dimasak.Lazat bukan....?☺
             
                     Selamat Mencuba......!