9/02/16
8:25ptg
Cara Buat Pencicah ( Sos ) Ikan Bakar
Pencicah Ikan Bakar
8:25ptg
Cara Buat Pencicah ( Sos ) Ikan Bakar
Bagi pengemar ikan bakar,anda pasti akan memilih sos atau pencicah yang sedap bagi ikan bakar.Kesedapan ikan bakar adalah terletak pada sos atau pun pencicah ikan bakar itu sendiri.Anda boleh membuatnya sendiri dengan kos yang amat sedikit.
Cili Padi
Bahan-bahan :
Asam Jawa
Cili Padi
Bawang Merah ( Besar )
Gula
Cara membuat sos :
Ambil segenggam asam jawa dicampur dengan air putih yang telah dimasak diramas hingga menjadi larutan asam jawa yang pekat.Jika terdapat biji asam jawa buang bijinya.Air asam jawa tadi dimasukkan kedalam satu bekas.
Potong cili padi halus-halus.Bawang merah yang bersaiz besar itu juga dipotong nipis.Setelah itu campurkan hirisan bawang merah dan hirisan cili padi tadi kedalam bekas yang berisi air asam jawa.Akhir sekali bubuh sedikit gula.
Bawang Merah (besar)
Asam Jawa
Kenapa menggunakan bawang merah besar kerana bawang besar rasanya lebih sedap daripada bawang kecil untuk dijadikan bahan pencicah ikan bakar.
Bawang Merah (besar)
Bagi yang sukakan kepedasan pada pencicah ,anda boleh tambah cili padi.
Banyak jenis ikan yang boleh dijadikan ikan bakar seperti ikan sembilang,ikan kembung yang bersaiz besar ,ikan terubuk,ikan parang, ikan talapia dan juga daging bakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan